Pages

Wednesday, 16 April 2014

Make Up (Nikah+Sanding) ~ Norsyazwani Ismail Ulu Jempol, Pahang

Bismillahirrahmanirrahim..


Salam, maaf ye lambat update entry ni.  Nak ucap terima kasih kat puan pengantin sebab sudi jemput CPM Pelita untuk menatarias wajah sempena hari bersejarah anda.  Jum kita tengok beberapa keping gambar pengantin.


MAKE UP NIKAH






MAKE UP SANDING







Budak nakal ni bila mk andam nk kemaskan kening dia xnk, nk trim blu kat muke dia xnk, suh pakai sanggul pun dia xnk, suh pkai colour lens dia jawab:- 
"abg kata mata ori lg tantik,"


Mak andam plak jawab dgn pasrah:-
"ok fine, kite ikut khendak customer ok. Yg pnting awk puas hati". (smbil tersenyum seperti keldai, agk2 hodoh x muke aku time 2?) 


**pape pun thanxxxz dik sbab pcya kt akk wlupun kte xknl.. (^_^)


Nak tengok tak wajah pengantin sebelum make up?  Kat bawah ni gambar pengantin comel tanpa make up.




Jika berminat untuk tempahan make up, boleh tinggalkan soalan atau tempahan melalui 4 cara :
1. Tinggalkan pesanan atau soalan di ruang komen
2. Email kepada saya iaitu pelita_hiasan@yahoo.com
3. Hubungi no. 013-321 1193 (cik pelita)
4. FB : Kiosk Cik Pelita




Sekian!


Friday, 11 April 2014

Nasi lemak sedap meletopppppss kat Cameron Highland!!!

Bismillahirrahmanirrahim..


Ade sesape nak g Cameron tak?  Ha Cik Pelita nak bagi tahu ada satu kedai nasi lemak kat tanah rata memang sedap meletoppppssss, jangan lupa singgah tau...  Kecur aku, sambil taip entry ni sambil lap air liur teringat kesedapan nasi lemak tu yang dimakan ketika cuaca sejuk kat atas nun.  Tak senonoh kan Cik Pelita kaw nih!


Okey, walaupun dah lama aku makan kat situ tapi rasa sambal yang manis dan sedap tu masih terasa kat mulut ni ha, masih terselit kat cececlah gigi ni.  Kalau korang cakap nasi lemak korang lebih sedap, time kat cameron ni korang masak la sendiri.  Kalau setakat tidur kat hotel memang jangan mimpi la nak makan nasi lemak sendiri.  Dah nama pun pergi bercuti dan berehat kan so tak payah la susah payah nak masak, kalau duduk kat homestay reramai tu wajib la masak tuk jimatkan kos.  Ye tak?


Okey banyak la bebel kau ni Cik Pelita.  Aku nak bagi tahu lokasi kedai akak ni kat tanah rata berhampiran dengan bus station.  Ha kalau dari Brinchang korang jumpa Bus Station lepas tu sebelah dia ada deretan food court, pastu jalan depan sikit ada tandas awam.  Then depan sikit ha jumpa la deretan kedai kat bawah ni,  kalau korang nampak gambar macam kat bawah ni kira dah betul la tu.  


Kalau menghadap kedai ni, kedai akak tu sebelah kiri hujung skali.  Ada jual nasi lemak, bihun goreng, cucur udang, mee goreng.  sebelah dia ada akak buat roti canai, sedap roti canai dia rangup2..  Lap air liur lagi, slruupppp..  Entah bila la nak sampai sini lagi.. 


Jum tengok apa yang Cik Pelita kau melantak kat warong nih.


Nasi lemak sodap, sebungkus RM2.00


Mee/ bihun goreng, sepiring RM2.00 jugak.  Kau isi la penuh atau sikit harga tetap sama.
(bihun dia sedap, berasa walaupun kosong.  dia letak ikan bilis mcm mak aku masak)


Seddaappp..  Lap air liur lagi..


Roti canai pun sedappppppppppp..  Kruk-kruk, rangup..


Ada telur mata beb.  Akak tu layan memang terbaik, dia layan kita ibarat kita ni tetamu yang datang rumah dia.  Aku ingat lagi dia cakap: 
"adik nak apa-apa lagi tak, nak telur tak, akak pergi gorengkan ye."
Aku pun angguk, dia cakap lagi :
"tunggu kejap ye, akak pergi gorengkan telur adik kejap ye."
Dalam ati, baiknya akak ni.  Gaya dia cakap mengingatkan aku pada pelakon arwah maimon yang banyak berlakon drama melayu.


Ini dia cucur udang, sedap jugakkkkkkkkkkkk.  Lap air liur lagi..  Harga aku tak ingat pulok, RM0.50 kot.  Siap ada gunting lagi, pandai-pandai korang la nak gunting sendirik.


Sambil aku makan dengan lahapnya, aku tengok akak ni terlelap sambil membaca buku agama.  Alhamdulillah..  Masa aku terkial2 nak makan bihun, asisstant dia plak datang hulurkan garfu kat aku.  Aku order air sirap ais pepagi buta tapi ais xde, sanggup dia g bli ais.  Macam menyusahkan la pulak kan, kesian assistant dia.  Huhu sorry dik!  2 hari aku breakfast kat kedai dia, layanan dah macam kat hotel lak.


Inilah dia akak yang baik tuuuu..  Insyaallah kak, kalau panjang umur saya datang Cameron saya akan singgah lagi kedai akak ye.  Walaupun tak banyak makanan yang dihidangkan di kedai ni, ape yang terhidang kat atas meja ditambah dengan layanan mesra pun dah cukup puas hati bagi aku.  Kalau ada sesiapa yang singgah kedai ni, sampaikan salam aku pada dia k..


*sorry kak lambat update blog, sibuk dengan kerja, jual stokin ajaib dan andaman.. :-)

Friday, 14 March 2014

Kembali Padamu TUHAN..

Bismillahirrahmanirrahim..


Salam rindu buat seluruh pembaca yang sudi singgah ke blog usang Cik Pelita..  Dengan masa yang sedikit terluang ni Cik Pelita rasa terpanggil nak ajak pembaca semua doa yang terbaik untuk pesawat MH370, moga-moga ada keajaiban yang di aturkan berkat doa kalian seluruh dunia..


Tibe-tibe petang ni rasa insaf kejap, dengar berita sana sini pasal MH370.  Pelbagai spekulasi dibuat, pelbagai berita yang disampaikan tapi kebenarannya hanya Allah je yang tahu, moga dipermudahkan segala usaha pencarian.


Pernah tak suatu masa atau ketika kita rasa susah, kita rasa lemah, kita rasa putus asa sampai rasa dah tak ada orang yang mampu tolong kita walau parents atau orang yang rapat dengan kita sekalipun?  Apa yang kita buat time tu?  Menangis?  Sampai bila?  


Percayalah, dengan tangisan tak akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.  Tangisan yang berlebih-lebihan hanya mampu melegakan sedikit berat yang terbuku dihati tetapi menjadikan kita semakin lemah.  Jangan lupa kembali pada sang pencipta, mungkin segala dugaan yang diberikan adalah ujian untuk kejayaan dimasa hadapan.  Anggaplah dugaan yang diturunkan itu adalah tanda tuhan menyayangi dan merindui kita yang mungkin telah berada jauh dan alpa dari apa yang diperintahkannya.


Sujudlah!  Kunci ketenangan adalah dengan cara kita bersujud tatkala bersolat, air mata yang gugur ketika itu atau ketika kita berdoa, meminta dan merintih padanya adalah lebih beharga dan melapangkan jiwa.  Percaya pada janjinya bahawa setiap permintaan kita akan ditunaikan, cuma cepat atau lambat bergantung pada usaha kita.  Tetapi ingat, jika apa yang kita minta walau berkurun sekalipun tidak ditunaikan maka kita perlu sedar bahawa segala permintaan kita itu bukanlah yang terbaik untuk diri dan masa depan kita.  Sesungguhnya perancangan tuhan lebih baik dari perancangan manusia, akan ada sesuatu yang lebih hebat bakal digantikan dengan apa yang kita minta.


Kalau ada kelapangan, jangan lupa buat solat Dhuha untuk tambahkan rezeki seharian.  Biar rezeki yang masuk tu sedikit tetapi sentiasa mengalir seperti air sungai berbanding rezeki yang datang menggunung tetapi hanya sekali.  Gunung yang ditarah akan menjadi rata tetapi air yang mengalir walaupun sering diceduk insyaallah tidak akan kering dengan syarat kita rajin berusaha dan buat solat Dhuha adalah salah satu kunci pembuka jalan atau laluan rezeki untuk sampai ke kita.


Wallahualam.. 





Thursday, 13 February 2014

Make Up (Bertandang) ~Suhaida, Muar Johor

Bismillahirrahmanirrahim..


Weehu dah terlewat la nak update gambar kawin Puan Suhaida n Mohd. Hafizi ni.  Acctually mcm biasa la sibuk nak tnggu gambar dari fotografer baru nak update entry coz gambar yang ada pada Cik Pelita ni cuma ada brape keping je, tak banyak pun.


Disebabkan kelewatan itu lebih baik Cik Pelita masukkan gambar yang Cik Pelita ada k, at least ada la jugak gambar kan. 


Okey customer kali ni dari Muar, Johor.  Ehem2, acttually Puan Suhaida ni adik ipar aku k.  He3 encik suami kepada Puan Suhaida ni adik Cik Pelita, ye ye mamat yang besar godang tu adik aku.
Ha3, sorry and congrates bang, kawin dah ko kan..


Okey ni dia Puan pengantin.  Amacam make up dia, okey tak?  Lau berminat boleh contact k, harga ikut budjet korang.  Ada orang cakap ko ni mniaga ape Cik Pelita, macam main pondok-pondok jerk make up kan orang ikut budjet dorang?  Tak pe lah, janji korang kawin.  Aku tak de hal punye, boleh bincang2..


 Kau tengok, mentang2 akak dia yg jd mak andam, tak nak dengar cakap aku.  Aku buat samping dia cantik2, dia suka2 je turunkan bawah perut.  Tak selesa katanya, Haisy!!!




 Mak sponsor kek, hu3 untung la..


 Bersama besfrend dia, Yeop and wife.  Thanks coz sudi datang..


Tu je gambar yang ada, so macam biasa la nak tengok tak gambar pengantin sebelum make up?
Ni ha ada kat bawah ni..

Kepada Suhaida n Mohd. Hafizi, hope ikatan ni kekal hingga ke Jannah k, ameen..


Jika berminat untuk tempahan make up, boleh tinggalkan soalan atau tempahan melalui 4 cara :
1. Tinggalkan pesanan atau soalan di ruang komen
2. Email kepada saya iaitu pelita_hiasan@yahoo.com
3. Hubungi no. 013-321 1193 (cik pelita)
4. FB : Kiosk Cik Pelita










Make Up (Nikah+Sanding) ~ Ila, Jengka Pahang

Bismillahirrahmanirrahim..


Terlewat suda nak update entry ni, puan pengantin sampai dah pregnant dah.  Nak update tapi tnggu gambar dari fotografer tapi tak dapat2 smpai sekarang.  Banyak sangat tapinya kan..


Okey last2 mintak gambar kat member2 coz time tu Cik Pelita pun tak sempat nak snap gambar, ho3 sibuk la katakan.. Mengonon!!!


Kat bawah ni ada dua keping gambar masa dia nikah, cik pengantin no 3 dari kiri.  Dia minta Cik Pelita pakaikan shawl macam dalam majalah Hijabista so inilah hasilnya.  Kita ikut je pemintaan customer, yang penting dia puas hati.  Betul tak?






Okey kat bawah ni make up masa dia sanding, kita bagi tebal sikit baru naik seri kan..


Bestfrenz..


Sweet couple, comei kan.. 










 Mak andam pun sibuk nak posing..


 Okey tu je, nak tengok tak gambar pengantin sebelum make up???

Try scroll lagi...


?????




?????





?????

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Ni la dia my customer, Puan Ila dari Jengka Pahang..


Thanks ye di atas kepercayaan anda pada hasil kerja Cik Pelita..


Jika berminat untuk tempahan make up, boleh tinggalkan soalan atau tempahan melalui 4 cara :
1. Tinggalkan pesanan atau soalan di ruang komen
2. Email kepada saya iaitu pelita_hiasan@yahoo.com
3. Hubungi no. 013-321 1193 (cik pelita)
4. FB : Kiosk Cik Pelita



Habis suda!!!