Pages

Tuesday, 12 February 2013

MEIKO NATURACTOR FOUNDATION - okey ke???

Bismillahirrahmanirrahim..


Hye gugurl2 semua, hari ni Cik Pelita nak share 1 lagi produk.  
Sebenarnya Cik Pelita dapat benda ni raye hari tu, kakak ipar yang bagi.  
Hadiah sempena hari raye katanya, memang excited la kan aku ni kalau dapt benda baru.

Okey benda ape ni?
Ha ni la foundation, harganya RM45 and banyak pilihan colour yang bersesuaian dengan warna kulit kita.

Orait setelah beberapa bulan lamanya mencuba, bagi Cik Pelita produk ni okey. 
Teksturnya tak berapa cair or pekat, kira nice-nice la bila apply kat kulit. 

Bukan 100% cela kat muka dapat ditutup dengan MIKO FOUNDATION ni sebab dia tak berapa tebal, tapi 60% cela di wajah dapat ditutup dengan sempurna dengan menggunakan MIKO Foundation ni.

Sesuai untuk pemakaian harian, so far kulit Cik Pelita tak ada apa2 masalah bila pakai benda ni hari2 (sesetengah produk akan menyebabkan kulit berjerawat kerana terlalu tebal sehingga kulit tak dapat bernafas and liang pori tersumbat).

Mula2 pakai terasa pedih kat area tepi hidung and bawah bibir coz maybe kulit kat situ nipis, thats why la sensitif kan.  So tak kan la nak buang benda yg org bagi, Cik Pelita pun try la cara lain untuk pakai foundation ni dengan selesa tanpa pedihkan kulit muka.

Sebelum apply foundation ni Cik Pelita pakai toner and pelembap dulu then pakai krim siang (tak kisah la apa2 krim pelindung matahari contoh macam fair n lovely, nivea, garnier, loreal or apa2 je krim muka yg korang pakai).

Kenapa kena pakai dulu krim muka sebelum apply foundation? 
Sebab kalau kulit muka kita ni jenis sensitif, sekurang-kurangnya kulit kita telah di alas dengan benda lain dan akan mengelakkan kulit terasa pedih dan sensitif.

Bila dah lama-lama pakai foundation ni, kulit Cik Pelita pun dah okey dengan and kadang-kadang terus apply kat kulit tanpa alas pun dah tak rasa pedih.

Hasilnye???


So kalau berminat korang boleh try cari produk ni kat mana-mana kedai atau beli secara online.

RM45 memang agak berat bila nak dibandingkan dengan barang yang kita dapat tu kecik je, tapi bila barang tu boleh tahan hampir setengah tahun walaupun kita guna hari-hari, korang boleh fikir sendiri sama ada berbaloi atau tak untuk di beli!



Habis citer!!!

Salam..

No comments: